25 Februari, 2012

RONDAAN PERDANA KE-4 ANJURAN BERSAMA KRT PROTON CITY

Assalamualaikum w.b.t

Buat pertama kalinya Rondaan Perdana ini dengan rasminya dianjurkan bersama KRT Proton City yang telah secara rasminya tertubuh di Proton City. Rondaan Perdana kali ke 4 ini telah diadakan pada 24hb Februari 2014(Jumaat) bermula dari jam 11.00malam hingga 4.00pagi. Seramai lebih 30 orang penduduk warga Proton City telah menyertainya. Program bermula dan berkumpul di Restoran Alsaz Maju. Sedikit ucapan dan taklimat dari En.Sharol dan En.kamal. Rondaan ini telah dibahagikan kepada 3 kumpulan. Kumpulan pertama adalah Kumpulan berbasikal, kumpulan kedua, bermotor dan kumpulan ketiga berjalan kaki. rondaan dimulakan dengan meronda terlebih dahulu di sekitar Tasik Embayu diikuti pula ke kawasan Parcel 19E seterusnya ke Parcel19B kemudian ke Parcel 19D dan akhirnya semua berkumpul di Post kawalan sekuriti. Kesemua peserta program ini telah bersurai pada sekitar jam 4.00pagi. Semuga pada Program Rondaan Perdana kali ke 5 pada bulan hadapan dapat diteruskan lagi dan dapat sambutan yang lebih menggalakkan.



kumpulan berbasikal bersedia untuk memulakan rondaan.




Berkumpul di post sekuriti setelah membuat rondaan di seluruh kawasan kejiranan.

Tiada ulasan: