16 April, 2014
15 Januari, 2014
Kayuhan Selawat Sempena Maulidur Rasul 1435 Hijrah
Program Kayuhan Selawat Nabi sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Biro Belia, Masjid At Taqwa Proton City bersama KRT Proton City dan ProcityMTB telah mencapai sasarannya. Program yang bermula seawal 7.30pagi itu telah disertai tidak kurang dari 40orang termasuk kanak-kanak. Program di mulakan dengan ucapan Pengerusi Masjid At Taqwa di ikuti dengan tazkirah ringkas oleh Imam 1, Ustaz Sahili. Sebelum memulakan kayuhan, para peserta telah berselawat beramai-ramai. Kayuhan tersebut seterusnya menuju ke Surau Al-Hijrah, Sekiah Makmur. Setibanya di Surau Al Hijrah, peserta program disambut oleh beberapa orang wakil dari pihak surau tersebut dan sekali lagi para peserta berselawat beramai-ramai. Selesai di Surau Al Hijrah, peserta seterusnya bergerak ke rumah En Khairul di Diamond Creek danselepas itu semua peserta bergerak pulang ke Proton City. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.
Ucapan dari Pengerusi Masjid dan tazkirah ringkas dari imam 1
Kayuhan ke Surau Al Hijrah, Sekiah Makmur bermula.
Solat sunat Dhuha di Surau Al Hijrah, Sekiah Makmur.
Menikmati jamuan ringan selepas tamat kayuhan.
06 Januari, 2014
16 Disember, 2013
17 Oktober, 2013
Bertakbir Menjelang Eidul Adha
Mohd Zaki l 8.30AM Oktober 17, 2013.
Foto: WhatsApp KRTPC
Seperti biasa apabila menjelang Hari Raya Eidul Adha, jemaah Masjid At Taqwa Proton City akan bertakbir dari rumah-kerumah(sukarela) selepas solat Isyak berjemaah yang biasanya dipimpin oleh Al Fadhil Ustaz Sahili(Imam 1).
QURBAN 2013
Mohd Zaki l 8.00AM Oktober 17, 2013.
Foto Oleh: Kamal Suhaili
Sekitar Program Qurban 2013 yang telah dianjurkan oleh AJK Masjid At-Taqwa Proton City pada Hari Raya Aidiladha. Alhamdulillah sebanyak 4 ekor lembu telah di sembelih oleh Al Fadhil Ustaz Sahili dan Ustaz Muaz. Seluruh penduduk Proton City telah hadir membantu menjayakan program tersebut termasuk warga asing dari Bangladesh dan Indonesia. Sebahagian daging telah dimasak secara gotong royong di masjid untuk makan tengahari. Terima kasih diatas segala sumbangan dan semoga program seumpama ini dapat di teruskan pada masa-masa akan datang.

Langgan:
Catatan (Atom)