15 Januari, 2014

Kayuhan Selawat Sempena Maulidur Rasul 1435 Hijrah



Program Kayuhan Selawat Nabi sempena sambutan Maulidur Rasul anjuran Biro Belia, Masjid At Taqwa Proton City bersama KRT Proton City dan ProcityMTB telah mencapai sasarannya. Program yang bermula seawal 7.30pagi itu telah disertai tidak kurang dari 40orang termasuk kanak-kanak. Program di mulakan dengan ucapan Pengerusi Masjid At Taqwa di ikuti dengan tazkirah ringkas oleh Imam 1, Ustaz Sahili. Sebelum memulakan kayuhan, para peserta telah berselawat beramai-ramai. Kayuhan tersebut seterusnya menuju ke Surau Al-Hijrah, Sekiah Makmur. Setibanya di Surau Al Hijrah, peserta program disambut oleh beberapa orang wakil dari pihak surau tersebut dan sekali lagi para peserta berselawat beramai-ramai. Selesai di Surau Al Hijrah, peserta seterusnya bergerak ke rumah En Khairul di Diamond Creek danselepas itu semua peserta bergerak pulang ke Proton City. Program berakhir sekitar jam 12.00 tengahari.

 Ucapan dari Pengerusi Masjid dan tazkirah ringkas dari imam 1



  Kayuhan ke Surau Al Hijrah, Sekiah Makmur bermula.



 Solat sunat Dhuha di Surau Al Hijrah, Sekiah Makmur.

  Menikmati jamuan ringan selepas tamat kayuhan.